Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Televisyen, by Gilbert Gohan
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Gilbert Gohan
Title:Aku Sebuah Televisyen
2015-06-26 02:04
         Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam.Badan ku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik.Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita,cerita dan sebagainya.Walau bagaimana pun,selalunya aku digunakan untuk menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.  
         Setelah aku selesai dipasang dan diuji ,aku diletak di dalam kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia.Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lumpur ,Pahang.Kemudian,aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.  
            Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu,mereka pasti melihat-lihat aku.Ramai yang bertanya-tanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku.Walau bagaimana pun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga ku agak mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.  
             Pada suatu hari, aku dikunjung oleh seorang lelaki muda.Dia mungkin sangat berminat untuk memiliki aku apabila dia dilihat tawar-menawar harga ku kepada tuan kedai.Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga RM4000.00.  
             Selepas itu aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu.Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku.Sejak dari hari itu,aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu.Walaupun aku berasa penat ,namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku kepada mereka .Kadan-kadang aku trus dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar menyeba kan alu berasa sedih kerana mereka kurang menjaga keselamatan diri ku.  
         Kebimbangan ku itu akhirnya berlaku juga .Semasa hujan pada waktu malam,aku terpadam akibat kilat.Aku tidak boleh dibetulkan lagi kerana kerosakan ku amat teruk.Akhirnya aku dibuang ke tempat pelupusan sampah.Walau bagaimana pun aku berada bangga kerana dapat juga aku berbakti kepada manusia di dunia ini semasa hayat ku.  
            
 

Submit a comment:

Name