Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kesempitan Keluarga, by Mohd Jefri Adam Bin MOhd Kamal Luqman
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Mohd Jefri Adam Bin MOhd Kamal Luqman
Title:Kesempitan Keluarga
2015-06-20 00:55
    Hujan lebat baru reda,namun nyanyiannya masih kedengaran di cucur atap.Kadir duduk meringkuk memeluk lututnya.Malam yang dingin itu bagai menggigit-gigit kulit dan tulangnya.Dalam cahaya pelita yang samar-samar itu,Kadir memerhatikan deretan adik-adiknya,Fikri,Azam dan Esah yang telah lama dibuai mimpi.Tiba-tiba hatinya sayu memikirkan hal mereka,"Andai sesuatu terjadi kepada ayah,bagaimanalah nasib kita,dik?"bisik hatinya.  
    "Sudahlah Kadir,pergi kamu tidur,esok nak ke sekolah,"pintas Mak Leha memutuskan lamunan Kadir.  
    "Ke mana ayah pergi,mak?Dah tengah malam tak balik-balik.Bahaya ke hutan seorang diri,"tanya Kadir kepada ibunya."Entahlah,agaknya kerana huajan lebat,dia berteduh di mana-mana.Sekejap lagi pulanglah dia.Pergilah tidur,biar mak saja yang tunggu,"kata Mak Leha sambil menyembunyikan kerisauannya yang semakin memuncak.  
    "Kadir tak mahu tidur selagi ayah tak balik.Mak,Kadir tahu sejak akhir-akhir ini,ayah bekerja keras untuk mengumpulkan duit persekolahan kami adik-beradik.Kasihan    ayah,kurus kering badannya.Kadir nak bekerja ayah tak izinkan,"ujar Kadir lagi.  
    "Kadir,kamu masih bersekolah.Tanggungjawab kamu belajar bersungguh-sungguh.Tambahan pula,kamu akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Ayah kamu tidak mahu pelajaran kamu terjejas kerana menolongnya.Sebagai anak sulung,tunjukkan contoh yang terbaik untuk adik-adik kamu.Hidup kita susah,"tutur Mak Leha.  
    Tiba-tiba terdengar bunyi pintu diketuk orang.Kadir melompat bangun untuk membuka pintu.Di atas tangga terdampar seorang lelaki yang berlumuran darah.Kedua-dua beranak itu tergamam seketika sebelum menerpa orang yang mereka kasihi.  
    "Ayah,apa yang berlaku"?Kadir meraung melihat keadaan ayahnya.  
    'Ayah diserang harimau di hutan tadi.Bawa ayah naik,ayah dah tak berdaya ni,"Pak Yop terketar-ketar menahan kesakitan.
 

Submit a comment:

Name