Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Menabung, by E.Kavieraj
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor E.Kavieraj
Title:Faedah Menabung
2015-06-18 15:02
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.  
         Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.  
 
         Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika    ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan.  
 
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.  

 

E.Hamshene, (2015-06-18 15:03)
Bagus....
 
Submit a comment:

Name