Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Berhari Raya Di Kampung Nenek, by Komathi
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Komathi
Title: Pengalaman Berhari Raya Di Kampung Nenek
2015-06-12 22:03
 
         Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kami sekeluarga telah pulang ke kampung nenek untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya terletak di Gua Musang Kelantan.  
 
         Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para penumpang yang ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Stesen Gua Musang ketika hari hampir senja.  
 
         Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa bersama sama dengan nenek di kampung. Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di kampung bermain bunga api.  
 
         Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami memakai pakain baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat suna Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi pusara datuk dan mengunjugi rumah sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga bangkit.  
 
         Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok berhari raya bersama nenek di kampung.
 

Nethraa, (2015-07-31 14:56)
Very Good!!!!
 
nur ariesya maysara bt mohd zawawi, (2015-06-13 19:03)
Karangan ini sangat best
 
Submit a comment:

Name