Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan menyertai aktiviti gotong-royong, by Najihah Binti Rosli
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Najihah Binti Rosli
Title:Kebaikan menyertai aktiviti gotong-royong
2015-06-10 17:10
    Gotong-royong bermaksud bersama-sama mengerjakan sesuatu untuk mencapai suatu hasil kerja.Gotong-royong mempunyai banyak faedah.  
 
    Antaranya,kita boleh mengeratkan tali silaturrahim antara jiran dan rakan-rakan.Dengan ini,kita boleh mengenali jiran dan rakan-rakan kita dengan lebih mendalam.Hubungan kita antara jiran dan rakan-rakan lebih dekat apabila mengenali antara satu sama lain.  
 
    Selain itu,amalan gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat.Kita dapat mengenali budaya hidup masyarakat yang lain.Bak kata pepatah hidup muafakat membawa berkat.  
 
    Seterusnya,kerja yang berat menjadi ringan.Apabila kita melakukan sesuatu kerja secara berkumpulan,kerja menjadi lebih mudah.Bak kata pepatah,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.  
 
    Di samping itu,aktiviti gotong-royong dapat menjimatkan masa.Kerja yang banyak akan lebih cepat siap.Masa yang selebihnya dapat dimanfaatkan dengan kerja yang lain.  
 
    Kesimpulannya,aktiviti gotong-royong merupakan amalan yang mulia dan dapat memberi manfaat kepada semua orang.  
 
    
 

zahin, (2015-06-14 23:06)
Memang bagus ini dapat membantu saya dalam penulisan ,oleh itu buat yang lain tajuk yang lain
 
Submit a comment:

Name