Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman pergi ke pasar malam, by Unknown
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Unknown
Title:Pengalaman pergi ke pasar malam
2015-06-04 04:08
Pasar malam merupakan syurga kepada para penjaja kerana mereka mendapat sumber pendapatan daripada jualan mereka di pasar malam. Pasar malam di Setia Alam merupakan pasar malam yang terpanjang di Malaysia. Terdapat gerai-gerai yang berderetan panjang di pasar malam ini. Setiap hari Sabtu, ibu saya akan ke pasar malam ini kerana beliau merupakan seorang penjual pakaian. Pada Sabtu yang lepas, ibu saya telah bersiap sedia ke pasar malam. Saya dan abang saya juga turut mengikut ibu ke pasar malam. Semasa kami tiba di Setia Alam, jam pada tangan saya menunjukkan tepat pukul 6.00 petang. Pengusaha-pengusaha perniagaan kecil telah pun bertungkus-lumus untuk menyusun barang-barang jualan mereka. Saya dan abang saya juga telah menolong ibu untuk menyusun pakaian-pakaian.  
Kira-kira pada pukul 7.00 petang, pasar malam telah dibanjiri oleh ramai orang. Saya dapat melihat pelbagai gelagat peniaga dan pembeli. Penjual-penjual telah bersiap sedia untuk memulakan perniagaan mereka. Laungan daripada para peniaga telah sampai ke telinga saya. Mereka melaung-laung menyatakan barang jualan mereka adalah baik dan murah harganya. Pembeli pula sibuk menawar dengan para penjual supaya harga barangan dikurangkan. Orang ramai telah pun berasak-asak berjalan di antara gerai-gerai yang terdapat di pasar malam. Gerai ibu saya juga telah dibanjiri oleh ramai orang. Pakaian-pakaian yang melambang mata dan berwarna-warni telah menarik perhatian mereka ke gerai ibu saya. Perniagaan ibu saya telah mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli-pembeli. Hal ini kerana, ibu saya telah menjual pakaian-pakaian dengan harga yang berpatutan.  
Selepas beberapa minit kemudian, saya dan abang saya telah meminta izin daripada ibu untuk ke gerai-gerai lain. Ibu    telah menasihatkan kami agar tidak membazirkan wang. Kami dapat melihat pelbagai jenis    gerai di pasar malam iaitu gerai pakaian, makanan, sayur-sayuran dan sebagainya. Kami telah tertarik dengan gerai kehijau-hijauan yang mempunyai pelbagai jenis sayur-sayuran. Kami bercadang untuk mengurangkan beban ibu lalu membeli sayur-mayur yang diperlukan. Seterusnya, kami terus menuju ke gerai buah-buahan. Kami berdua telah membeli buah-buahan yang berkhasiat seperti buah epal, kiwi dan tembikai susu sebagai pencuci mulut.  
Saya telah berasa kehausan dan juga ingin minum minuman yang sedap. Saya bergegas ke gerai minuman yang menjual pelbagai jenis minuman. Pada masa itu, saya telah dihalanh oleh abang saya. Abang saya telah menasihatkan saya agar memastikan minuman tersebut tidak digerumuni lalat. Hali ini kerana, lalat dapat membawakan penyakit berjangkit. Setelah memastikan kebersihan tempat dan minuman, saya membeli minuman yang sedap itu. Saya telah mendapat pelepasan daripada dahaga. Setelah menikmati minuman tersebut, kami berdua telah membeli makanan kepada ahli keluarga. Kami telah membeli beberapa tongkol jagung rebus, sebungkus kacang kuda dan kuih-muih yang lazat. Saya dan abang saya telah membeli barang-barang keperluan dan pulang ke gerai ibu kami.  
Semasa berjalan kami terserempak seorang yan kudung kakinya, duduk di atas jalan raya sambil menadahkan tangannya untuk meminta wang daripada orang ramai yang lalu-lalang di situ. Saya begitu bersimpati dengan orang itu dan menghulurkan sejumlah wang kepadanya, lalu beredar dari situ. Suasana mulai agak sunyi, hanya kedengaran bunyi penjana elektrik milik peniaga yang juga mengemas barang-barang mereka. Kami juga berganding bahu dengan ibu untuk mengemas barang-barang. Pada hari itu, ibu saya telah mendapat keuntungan yang besar. Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Kalimah ini menjadi pegangan saya selagi saya bernyawa. Hal ini disebabkan perasaan kasih terhadap ibu dan ayah. Maka, saya berhasrat akan menemani ibu ke pasar pada minggu yang akan datang.  
 
 

 

Unknown, (2015-06-04 04:09)
Hello kawan-kawan... saya berharap karangan saya dapat menolong kawan-kawanmu..... jika ada kesalahan tolong memberitahu.....
 
Submit a comment:

Name