Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sehari selembar benang, lama -lama menjadi kain, by
Contoh Karangan UPSR
Name:
Title:sehari selembar benang, lama -lama menjadi kain
2015-05-28 22:32
Tidak dapat kita nafikan bahawa ungkapan "sehari selembar benang , lama - lama menjadi kain "merupakan ungkapan yang begitu sinonim dengan amalan berjimat -cermat yang menjadi tangkal atau tonik bagi mereka yang dahagakan kesenangan dan kemewahan pada hari muka.  
         Sesungguhnya,amalan menabung ini sungguh penting. Hal ini kerana,setiap program yang kita rencanakan ternyata memerlukkan persiapan yang rapi.Amalan tidak membazir dalam mengurus perbelanjaan akan menjadikan insan berwaspada yang mampu mencorakkan kehidupan yang berterusan.  
         Hakikatnya, sikap jimat ini juga dituntut oleh agama, manakala sikap membazir perlu dijauhkan kerana boleh menjadikan seseorang itu jatuh miskin atau muflis. Kepraktisan menabung juga kemungkinan sempurna dengan teliti, hasil serta pulangnnya juga akan berlipat ganda.  
         Budaya menabung dapat membantu kita semasa darurat.Pada masa yang sama, keperihatinan dalam berbelanja juga menjadikan kita individu yang berketika dan bertanggungjawab.Kita hendaklah bijak menentukan kepentingan yang mesti didahulukan dalam mengurus keperluan seharian.  
            Dalam pada itu,tabungan di bank ini akan memperkasakan ekonomi kita dan secara tidak langsung menstabilkan pendapatan kasar negara.  
            Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa amalan berjimat -cermat dapat menyediakan pelaburanjangka panjang. Maklumat di atas juga bertepatan dengan ungkapan "sehari selembar benang,lama -lama jadi kain". Ungkapan ini juga bersesuaian dengan Pepatah,"berakit -rakit ke hulu, berenang -renang ketepian; bersakit -sakit dahulu, bersenang -senang kemudian ".
 

Submit a comment:

Name