Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Menghargai Jasa Guru, by Komathi a/p Kugan
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Komathi a/p Kugan
Title:Menghargai Jasa Guru
2015-05-27 15:52
Murid_murid menghabiskan masa di sekolah kira_kira lima jam tiga puluh minit dalam sehari.Sepanjang tempoh itu,murid_murid dijaga,diberikan pendidikan,dan dibentuk menjadi manusia barguna oleh guru.Peranan guru membentuk jasmani dan rohani anak muridnya patut dikenang dan dihargai.  
     Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar dengan bersungguh_sungguh.Sebagai contoh,latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.Guru akan berasa besar hati apabila anak_anak muridnya berjaya kerana segala yang diajarkan dapat dimanfaatkan.  
     Semasa sambutan perayaan Hari Guru pula,berikanlah hadiah kepada guru yang mengajar kita.Sebagai contoh,pen,bunga,ataupun kad ucapan penghargaan.Guru akan berasa dirinya dihargai dan terharu kerana segala yang dilakukan selama ini menjadi ingatan anak muridnya.  
     Cara membalas jasa guru juga dapat ditunjukkan dengan menjadi insan yang berkeperibadian mulia.Apabila bertemu dengan guru,lemparkanlah senyuman dan berilah salam.Jika sikap yang berhemah dan bartatasusila ini kita amalkan,sudah tentu air muka guru sentiasa ceria kerana gembira.  
        Jasa guru akkhirnya dapat dibalas dengan menjadi insan yang berjaya.Dengan memiliki karier yang baik,guru akan bertambah semangat untuk terius mendidik anak bangsa.Kejayaan seseorang pemimpin menerajui negara mahupun kejayaan doktor melakukan pembedahan merupakan hasil kegigihan guru menyuntik ilmu kepada anak muridnya.  
        Sesungguhnya pengorbanan seseorang guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri.Oleh itu,kita sewaajarnya menghargai jasa dan pengorbanan para guru.  
    
 

Vik, (2015-07-07 01:05)
Ur essay was a great help in my examination
 
Submit a comment:

Name