Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Anak yang mengenang jasa, by Sandra Anthony
Contoh Karangan UPSR
Name:Sandra Anthony
Title:Anak yang mengenang jasa
2015-05-27 15:50
Hanani seorang murid yang rajin.Padawaktu lapang,dia akan menghabiskan masa dengan membaca buku.Selain buku sekolah,dia suku membaca buku cerita sama ada dalam bahasa Melayu,mahupun dalam bahasa Inggeris.  
         Di dalam kelas,dia akan tekun mendengar apa yang guru ajar.Jika dia tidak mengetahuai tentang sesuatu mata pelajaran,dia akan bertanya cikgu.Sikapnya yang ringan mulut dan ringan tulang menyebabkan rakan-rakan dan guru-guru menyayangginya.  
         Ketika di rumah dia tidak pernah duduk diam.jika dia tidak membuat kerja sekolah,dia akan membantu ibunya di dapur seperti membasuh pinggan mangkuk,mengelap meja,dan menyapu lantai.Apabila dia penat,dia akan merehatkan badan dengan menonton televisyen.  
            Sikapnya yang ulat buku dan suka bertanya guru, menyebabkan dia selalu memperoleh keputusan cemerlangdalam peperiksaan.Dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM), dia memperoleh 9A.Dia meneruskan pelajarannya di Pusat Matrikulasi di Melaka.  
             Setahun kemudian dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Malaya.Selama tujuh tahun dia melalui kesukaran sebelum memiliki segulung ijazah. Dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang dilaluinya.  
                Beberapa bulan kemudian dia ditawarkan    berkhidmat sebagai seorang doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.Ayah dan ibunya berasa bangga terhadap percapaian Hanani.Hanani selalu mengunjungi kedua-dua orang tuanya dan menghulurkan sebahagian gajinya kepada mereka.
 

Submit a comment:

Name