Welcome!

Contoh Karangan UPSR: TEMU RAMA, by ZAYNAB BINTI MUHAMMAD HABIBULLAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak ZAYNAB BINTI MUHAMMAD HABIBULLAH
Title:TEMU RAMA
2015-05-27 15:43
Anisah: Eh,mana Kamala,Mei Ling? Biasanya kamu datang ke sekolah dengannya.                  
 
Mei Ling: Kamala tidak datang ke sekolah hari ini.  
 
Anisah: Dia sakit?  
 
Mei Ling: Tidak.Dia sihat saja.Adiknya dimasukkan ke hospital .Adiknya menghidap penyakit jantung berlubang Jadi,Kamala terpaksa menjaga adik-adiknya yang lain sementara ibunya menjaga adiknya di hospital.  
 
Anisah:Betulkah?Kamala tidak pernah menceritakan masalahnya kepada kita.  
 
Mei Ling:Kamala tidak mahu menceritakan hal ini kerana dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.Adiknya sudah lama menghidap penyakit jantung berlubang.Yang sebenarnya adiknya harus menjalani pembedahan tetapi kosnya agak tinggi.Ibu bapanya tidak mampu menyebabkan pembedahan itu terpaksa ditangguhkan .  
 
Anisah:Bagaimanakah keadaan adik Kamala sekarang ?  
 
Mei Ling:Dengar cerita,keadaannya agak seriuslah.  
 
Anisah:Kasihan Kamala dan keluarganya.Tentu mereka dalam kesusahan.Saya cadangkan agar kita melancarkan tabung untuk membantu adik Kamala.Kita minta bantuan guru besar agar kisah adik Kamala disiarkan melalui media massa.  
 
Mei Ling:Bagus juga cadangan kamu itu.Tapi kita bincangkan    hal ini dengan Cikgu Faridah.Kita minta pandangannya pula.Mungkin beliau ada cadangan lain yang dapat membantu rakan kita.  
 
Anisah:Saya bersetuju dengan pendapat kamu itu.Nantilah waktu rehat kita berjumpa dengan Cikgu Faridah.Saya berdoa agar adik Kamala dapat menjalani pembedahan itu secepat mungkin.Petang nanti bolehlah kita melawat adiknya di hospital.  
 
Mei Ling:Saya pun ingin ke sana petang nanti.Kita pergi bersama-sama.    
 

xxx, (2015-09-27 15:20)
OKEY JE...
 
KIRTIKHA RAVI, (2015-08-08 21:12)
good  
 
I love it
 
KIRTIKHA RAVI, (2015-08-08 21:12)
good  
 
I love it
 
Submit a comment:

Name