Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Menghargai Jasa Guru, by Smantha Anthony Karppiah
Contoh Karangan UPSR
Name:Smantha Anthony Karppiah
Title:Menghargai Jasa Guru
2015-05-27 15:32
    Murid_murid menghabiskan masa di sekolah kira-kira lima jam tiga puluh minit dalam sehari.Sepanjang tempoh itu,murid_murid dijaga, diberikan pendidikan,dan dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru. Peranan guru membentuk jasmani dan rohani anak muridnya patut dikenang dan dihargai.  
            Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar dengan belajar dengaan bersungguh_ sungguh.Sebagai contoh,latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.Guru akan besar hati apabila anak-anak muridnya berjaya kerana segala yang diajarkan dapat dimanfaatkan.  
     semasa sambutan perayaan hari guru pula, berikanlah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh,pen,bunga, ataupun kad ucapan penghargaan.Guru akan berasa dirinya dihargai dan terharu kerana segala yang dilakukan selamaini menjadi ingatan anak muridnya.  
        cara membalas jasa guru dapat ditunjukkan dengan menjadi insan yang berkerperibadian mulia. Apabila bertemu dengan guru, lemparkanlah senyuman dan berilah salam. jika sikap yang berhemah dan bertatasusila ini kita amalkan, sudah tentu airmka guru sentiasa ceria kerana gembia.  
         Jasa guru akhirnya dapat dibalas dengan menjadi insan yang berjaya. Dengan memiliki karirier yang baik, guru akan bertambah semangat untuk terus mendidik anak bangsa.kejayaan seseorang pemimpin menerajui negara mahupun kejayaan doktor    melakukan pembedahan merupakan hasil kegigihan guru menyuntik ilmu kepada anak muridnya.  
     Sesunguhnya penggorbanan seseorang guru diibaratkan sebagai lillin yang    menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri.Oleh itu,kita sewarjarnya menghargai jasa dan pengorbanan para guru.
 

NURA JAMILA BT AHMAD EHSAN, (2015-05-28 12:36)
SERONOK MEMBACA KARANGAN ANDA
 
nur syuhaida bt zulakmal, (2015-05-28 12:35)
karangan yang menarik
 
Submit a comment:

Name