Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebatang pen, by Nurul Anis Masitah binti Saidin
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Nurul Anis Masitah binti Saidin
Title:Aku sebatang pen
2015-05-19 20:55
    Aku sebatang pen.Aku dibuat di Kilang Pen,Sabah.Aku dicipta menggunakan mesin yang canggih bersama-sama dengan rakanku yang lain.Aku dan rakanku berwarna hitam dan berbentuk segi tiga.Pada suatu hari,kami dibungkus di dalam kotak yang hendak di hantar ke Kedai Alat Tulis Center Point.Apabila sampai di sana, aku diletakkan di almari yang besar.Selang beberapa hari,seorang budak perempuan membeliku dengan harga RM7.90.Aku berasa seronok apabila aku sudah dibeli.Sampai sahaja di rumahnya,dia menggunakan aku dengan baik untuk membuat kerja-kerja sekolahnya.Pada suatu hari,dakwatku telah habis budak peempuan itu membuang diriku didalam tong sampah.Tamatlah riwayatku.
 

Nur Dini Batrisyia bt A Rashid, (2015-06-15 16:38)
Aku sebatang pen.Aku dibuat di kilang pen di Taiping,Perak. Aku diperbuat dari besi lama dan diperbaharui.Pada suatu hari,aku dan kawan-kawanku dihantar ke Johor.Setibanya di sana aku dikeluarkan dari kotak dan disusun di rak yang bersaiz sederhana.Seminggu kemudian,aku ternampak seorang kanak-kanak lelaki bersama-sama ibunya masuk ke kedai alat tulis untuk membeli sebatang pen.Kanak-kanak itu mengambil aku dan beri kepada ibunya.Ibunya meneliti aku dan ingin membelinya.Aku berasa sangat gembira.Kanak-kanak lelaki dan ibunya itu pergi ke kaunter untuk membayar.Harga aku ialah RM8.70.Sampai sahaja dirumahnya,aku dibawa ke dalaam bilik dan disimpan di dalam bekas pensil.Keadaan di dalam bekas pensil itu sangat gelap tetapi aku berasa sangat gembira kerana dapat menemui ramai kawan baharu.Keesokan harinya,aku dibawa ke sekolah dan ditunjukkan kepada kawan-kawannya.Pada suatu hari,ada kemalangan yang telah berlaku.Aku terjatuh dari meja dan badanku retak dan pecah.Aku dibuang dan tamatlah riwayatku.
 
Submit a comment:

Name