Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah komputer, by Ilanur Esmyn Bart
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Ilanur Esmyn Bart
Title:aku sebuah komputer
2015-05-17 21:55
            Aku sebuah komputer, aku berjenama Apple. Aku dibuat  
di sebuah kilang di Amerika Syarikat.Selepas aku siap dibuat, aku dihantar ke "The Curve" yang terletak di Malaysia.  
 
    Disana, aku berjumpa dengan kawan- kawan baruku iaitu Iphone 6, Ipad Air dan ramai lagi. Pada suatu hari, terdapat seorang pemuda melihat aku.  
 
    Dia amat tertarik dengan rekaan cantik dan moden aku. Lalu, membeliku dengan harga RM 6,000. Aku dibawa ke rumah tuan baruku, lalu diletak di sebuah meja.  
 
    Aku digunakan setiap hari oleh tuanku. Aku amat bersyukur kerana aku dibeli oleh seorang yang amat menghargaiku.  
 
    Pada suatu hari, tuanku membancuh kopi panas lalu, kopi itu tertumpah diatasku!seluruh badanku menjadi panas. Lalu aku tertutup dengan sendiri. Tuanku cuba memasangku semula, tetapi tidak berjaya.  
 
    Dua hari kemudian tuanku membeli sebuah komputer baru. Tuanku terpaksa membuangku. Aku berasa sedih, tetapi aku sangat bangga kerana telah berkhidmat untuk tuanku selama empat tahun.  
 

 

, (2015-05-19 16:32)
nhgxz  

 
Submit a comment:

Name