Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Angkasa Raya, by Sheila Elisa Charles
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Sheila Elisa Charles
Title:Angkasa Raya
2015-05-13 00:55
    Kita sering melihat bulan di langit.Bulan sangat hampir dengan planet tempat kita tinggal iaitu bumi.Tahukah kamu apakah bulan ? Bulan sebenarnya sebuah bebola batuan.Bebola ini berputar pada paksinya sambil mengorbit bumi serta mengelilingi matahari bersama-sama bumi.  
    Setelah manusia berjaya mencipta teleskop,peta permukaan bulan yang menghadap ke bumi telah dilukis.Selepas itu manusia telah melancarkan beberapa proba ke bulan.Ada yang mendarat di    permukaan bulan dan ada yang mengelilingi bulan.Proba ialah pesawat tanpa manusia.Pesawat ini dilengkapi pelbagai alat canggih untuk mengumpulkan maklumat dan menghantar maklumat itu ke bumi.  
    Dengan proba ini, manusia banyak mengetahui perkara tentang bulan.Dengan itu,manusia mengetahui bahawa bulan merupakan sebuah tempat yang sunyi.Oleh sebab bulan tidak mempunyai atmosfera maka bunyi tidak dapat bergerak.
 

Submit a comment:

Name