Welcome!

Contoh Karangan UPSR: laporan, by MUHAMMAD LUTFI MUSTAQIM B ROSLI
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang MUHAMMAD LUTFI MUSTAQIM B ROSLI
Title:laporan
2015-05-12 21:30
KUALA KUBU,Rabu-Pejabat Daerah Kuala Kubu diminta bertindak segera bagi mengatasi masalah kerosakan jalan raya  
 
        kerosakan tersebut terjadi sejak setahu yang lalu.Sebagai akibatnya,pelbagai kesulitan telah dialami oleh penduduk kampung berkenaan.Tambahan pula,jalan tersebut merupakan satu-satunya jalan utama di kampung itu.Seorang ahli jawatankuasa kemajuan berkata bahawa biarpu perkara tersebut telah beberapa kali diadukan,namun masih tiada tindakan yang diambil.Hal tersebut amat mengecewakan penduduk kampung tersebut  
 
        Menurut Ketua Kampung Permatang Indah,iaitu Tuan Haji Ramli Hassan, jalan tersebut merupakan satu-satunya jalan  
perhubungann penduduk kampung itu.Oleh sebab itu, jalan itu perlu dibaiki."Penduduk kampung amat berharap agar masalah ini diberikanperhatianoleh pihak berkuasa," katanya.                      
 
        "Keadaan jalan raya yang berlubang membahayakan para pengguna.Para ibu bapa amat khuatir akan keselamatan anak-anak mereka yang berulang-alik ke sekolah dengan menggunakan jalan itu.Malah,kemalangan kerap belaku akhir-akhir ini,"katanya lagi.  
 
        Daripada tinjauan yang berlakukan,didapati bahawa kerosakan jalan raya di kampung ini semakin buruk apabila lori-lori besar memasuki kampung.Lori-lori tersebut burukkan keadaan.Lori-lori tersebut dipandu agak laju.  
 
        Sehubungan dengan itu,penduduk Kampung Pematang Indah merayu kepada pihak-pihak berkenaan supaya menyelesaikan masalah ini dengan segera.Hal ini demikiandemi menjamin keselamatan dankesejahteraan penduduk kampung.  
        
 

Submit a comment:

Name