Welcome!

Contoh Karangan UPSR: lawatan ke pameran buku, by puteri aishah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor puteri aishah
Title:lawatan ke pameran buku
2015-05-09 16:32
    Pada cuti sekolah yg lalu , aku dan kawan-kawan pergi lawatan ke pameran buku yang dianjurkan oleh guru-guru SK Taman Nusa Perintis 1 . Kami berangkat dari sekolah pada jam 8.00 pagi . Kami tiba kira-kira jam 9,00 pagi di Pameran Buku yang terletak di Persada Johor Bahru . Kami ke sana bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan yang banyak.  
 
Kami tiba di tempat pameran setelah hampir satu jam di dalam bas . Suasana di sana sangat meriah dan dikunjungi oleh ramai orang yang berbilang kaum . Pelbagai jenis buku yang dipamerkan antaranya novel , majalah , surat khabar dan lain-lain . Buku yang dipamerkan sesuai untuk semua peringkat umur .  
 
Kami membaca buku di setiap gerai yang disediakan . Kami membaca dahulu untuk mendapatkan gambaran tentang buku yang dibaca dan membuat pilihan yang epat . Kami memilih buku yang bersesuaian dengan umur kami . Kami membeli banyak buku kerana setiap buku mempunyai potongan harga yang sesuai.  
 
Di sana ,kami melihat pelbagai pertandingan yang dianjurkan . Aku dan kawan-kawan menyertai pertandingan mencipta Big Book dalam kumpulan dan aku menyertai pertandinagn bercerita . Kami menjadi juara dalam pertandingan mencipta Big Book dan bercerita.  
 
Kami melihat banyak perkara yang menarik hati kami . Antaranya ialah kehadiran maskot Upin dan Ipin yang memberi kuiz , potongan harga sehingga 80 peratus , kehadiran artis tanah air dan lain-lain lagi . Pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan sebelum ini . Kami bertanya dengan anggota keluarga yang lain tentang pameran buku ini dan mereka berpendapat agar pameran buku ini dilakukan setiap tahun sekurang-kurangnya dua tahun sekali .  
 
Pada pukul 1.00 tengahari , kami berangkat pulang.kami berasa puas hatidan gembira dengan pameran buku kali ini . Kami berharap agar kami dapat ke pameran buku ni lagi pada tahun hadapan . Sesungguhnya , orang yang mengunjungi pameran buku ini adalah orang yang rajin kerana mereka dapat memupuk minat mereka terhadap buku .
 

asdasd, (2017-12-22 19:54)
noob
 
Adam, (2015-06-10 15:40)
Agak ringkas sangat :))  

 
Submit a comment:

Name