Welcome!

Contoh Karangan UPSR: SELAMAT HARI IBU <3, by NUR_ILYANA
Contoh Karangan UPSR
Name:NUR_ILYANA
Title:SELAMAT HARI IBU <3
2015-05-09 03:29
                     Di dalam dunia ini pasti semua orang mempunyai seorang ibu.Tidak kira ibu kandung,ibu angkat mahupun ibu tiri mereka tetap seorang insan yang masih bergelar ibu.Dialah yang akan menjaga kita dari kita kecil,sekecil kecil cili padi dan seterusnya sehingga kita besar panjang.Dialah tidak akan pernah jemu melayan kerenah kita dari kita kecil hingga kita besar sekarang.Seorang ibu yang menyayangi anaknya,akan memastikan anaknya itu berjaya dalam kehidupan mereka.Jika kita sedang menghadapi masalah,ibu yang akan setia mencari jalan supaya kita keluar dari masalah itu.Jika kita menginginkan sesuatu perkara itu,ibu akan menunaikannya dengan sekelip mata sahaja.Saat kita menangis ibu akan mengelap air mata itu dengan tangannya yang lembut itu.Walau kita dalam keadaan masam,busuk dan comot,ibu akan tetap menyayangi kita.Cuba kita tanya kepada orang lain,adakah mereka akan menyayangi kita sebegitu?Mereka akan jawab tidak!Kerana mereka bukanlah siapa siapa pada kita.Hanya ibu yang akan menyayangi kita sebegitu kerana dia akan tetap sayang kepada insan yang keluar daripada rahimnya sendiri.Tetapi,adakah kita menghargai segala pengorbanan ibu kepada kita? Sewaktu ibu menyuruh kita melakukan apa yang dia minta,Adakah kita tunaikan permintaannya seperti mereka menunaikannya dengan sekelip mata sahaja.Tidak! Apatah lagi sudahlah tidak mahu menolong bahkan mengeluarkan lagi kata kata kesat kepada mereka,bersikap kurang ajar,melawan kata katanya.Adakah sebegini kita membalas jasa jasa mereka dengan apa yang dia lakukan buat kita? Apakah betul cara kita ini? Orang yang telah menjaga kita dengan baik selama 9bulan di dalam kandungannya ini kita tengking,kita herdik sehingga membuat dia menangis.Apabila difikirkan kembali,siapa yang telah mengandungkan kita?Siapa yang telah menjaga kita?Siapa yang telah mendidik kita?Siapa yang mengelapkan air mata kita?Sila tanya pada hati,apakah aku telah menjadi seorang anak yang soleh dan solehah? Jawapannya ada pada diri kita.BUAT SEMUA IBU YANG BERADA DI LUAR SANA,SELAMAT HARI IBU!TERMASUK KEPADA IBU SAYA SENDIRI,TQ KERANA TELAH MEMBESARKAN KAMI,MAAFKAN KAMI SEBAGAI SEORANG ANAK,KAMI HANYA MANUSIA BIASA YANG SERING MEMBUAT KESILAPAN,JASAMU TIDAK DAPATKU BALAS,HANYA YG MAMPU KU BERKATA ADALAH TERIMA KASIH KERANA TANPAMU,TIDAK AKAN KU LAHIR DI MUKA BUMI INI. <3                                                
 

Submit a comment:

Name