Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebatang lilin, by Nur Munirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nur Munirah
Title:Aku sebatang lilin
2015-05-08 19:49
    Aku sebatang lilin.Aku dilahirkan di Pahang.Aku diperbuat daripada campuran bahan kimia.Badanku berbentuk silinder dan berwarna putih.Aku berfungsi untuk menerangi keadaan yang gelap.  
    Setelah siap diproses,aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama rakan-rakanku yang lain.Kemudian,aku dihantar di kedai runcit.Aku diletakkan di rak bahagian tengah kedai itu.  
    Suatu hari,aku telah dibeli oleh seorang wanita pertengahan umur.Aku dibawa pulang dan disimpan di dalam almari.  
    Pada suatu malam,bekalan elektrik terputus.Tuanku mengambil dan memasangku.Aku dapat melihat keadaan sekeliling dengan cahayaku sendiri.  
    Lebih kurang empat jam,badanku semakin pendek.Kini aku sedar bahawa nyawaku akan berakhir bila-bila masa saja.Akhirnya aku telah musnah buat selama-lamanya  
    Walaupun usiaku tidak panjang,namun aku rasa gembira kerana telah berkhidmat sepenuhnya kepada tuanku
 

shafieza, (2015-05-10 18:11)
good
 
ravitha, (2015-05-10 16:06)
not like
 
Submit a comment:

Name