Welcome!

Contoh Karangan UPSR: karangan tindakan , by NUR AINUR RAUDHAH
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan NUR AINUR RAUDHAH
Title:karangan tindakan
2015-05-06 02:02
        Pada suatu pagi, semasa aku pulang ke kelas selepas                             menjalani latihan sukan, aku ternampak seorang murid terduduk dan dia berlumuran dengan darah di tengah padang sekolah. Aku pun pergi ke arah murid tersebut. Rupa-rupanya murid itu ialah rakan sekelasku iaitu Mikha. Aku berasa cemas lalu terus memanggil rakan-rakanku yang masih berada berhampiran padang sekolah.  
 
     Aku berasa bimbang melihat keadaannya.Dalam keadaan cemas itu aku ternampak Cikgu Zafira.Tanpa berlengah lagi aku segera berlari bagi mendapatkan beliau.Setelah mendengar penjelasan daripadaku cikgu tersebut bergegas menuju ke arah Mikha.  
 
    Cikgu Zafira segera meminta kami membantu untuk mengangkatnya. Setelah Mikha berjaya ditegakkankan kami terkejut melihat kaca tertusuk kedalam badannya.Kami semua panik lalu cikgu itu meminta kami bertenang.Seorang guru lelaki terlihat kami di hujung padang lalu segera menghulurkan bantuan. Sedang cikgu lelaki itu mendukung Mikha, Cikgu Zafira menelefon pihak hospital.  
 
    Ambulans datang tidak lama setelah mendapat panggilan itu. Mereka cuba mengeluarkan kaca yang tertusuk dengan berhati-hati supaya kecederaan tidak menjadi semakin parah.Setelah kaca berjaya dikeluarkan dia dibawa ke hospital. Kami dan beberapa rakan yang lain diarahkan agar ikut bersama untuk menerangkan kejadian tersebut.Di dalam ambulans tersebut kami semua berharap agar dia tidak apa-apa.  
 
     Setelah sampai di hospital kami semua membantu menolaknya hingga ke wad ICU. Namun begitu, kami tidak dibenarkan masuk atas dasar keselamatan.Aku dan rakanku gelisah kerana berasa khuatir akan keadaannya itu.Kami menunggu di situ dengan penuh sabar.Sedang asyik kami termenung kerana mengenangkan nasib rakanku yang sakit itu, Cikgu Zahira mengarahkankan kami agar menelefon ibu bapanya atau penjaganya.  
 
     Setelah beberapa minit ibu bapa Mikha pun sampai. Mereka menuju ke arah kami dengan penuh kebimbangan. Kami diajukan soalan tanpa berhenti lalu, Cikgu Zahira menasihatkan mereka agar bertenang dan menunggu keputusan doktor.Setelah doktor keluar daripada bilik tersebut, kami segera menanyakan    perihal kesihatan Mikha. Doktor itu mengumumkan bahawa Mikha dalam keadaan kritikal dan mungkin tidak dapat diselamatkan.Kami gusar lalu, doktor itu menasihati kami agar pulang kerumah terlebih dahulu dan datang semula keesokan harinya.  
 
    Hari berganti hari.Berita tentang pemergian rakan sekelasku, Mikha amat dirasai.Kami berasa amat sedih apatah lagi keluarganya.Walaupun Mikha sudah tiada namun keluarga Mikha tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami berharap agar kehidupannya di alam sana tenang dan damai.
 

shahila lala kywani, (2015-05-26 15:55)
best ar yu punya karangan "Nora bagi lima bintang *****"
 
Submit a comment:

Name