Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aktiviti Gotong-royong, by yennie
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yennie
Title:Aktiviti Gotong-royong
2015-05-04 16:36
 
Karangan Contoh - Aktiviti Gotong-royong  
Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa. Salah satuperibahasa yang harus tersemat dalam jiwa masyarakat kita yang saban hari sibukdengan urusan harian ialah  
³berat sama dipikul ringan sama dijinjing.´  
Peribahasa ini jelas mengambarkan betapa pentingnya semangat gotong-royongdalam melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup saling membantu.Pada minggu yang lepas, kawasan kediaman saya telah mengadakan aktivtigotong-royong yang melibatkan semua penduduk taman perumahan saya. Sejakawal pagi lagi sebelum fajar menyingsing, kami telah berkumpul di dewan orangramai. Masing-masing telah membawa peralatan yang akan digunakan untukmenjalankan kerja-kerja membersihkan kawasan persekitaran.Sebelum memulakan kerja, Pengerusi Persatuan Taman Bintang sempatmenyampaikan sepatah kata dua. Beliau merakamkan rasa syukur beliau keranadapat mempertemukan penduduk daripada berbilang bangsa di bawah satubumbung untuk bersama-sama menjalankan aktiviti yang mendatangkan banyak  
maslahat  
(faedah) ini. Sejurus selepas ucapan beliau, aktiviti gotong-royong punbermula.Penduduk kami menjalankan kerja-kerja membersihkan dan mengindahkankawasan taman perumahan dengan begitu gembira dan bersungguh-sunnguh.Sementara itu, beberapa orang kaum wanita pula sibuk menyediakan hidangantengah hari untuk kami. Kami berkerjasama  
bagai aur dengan tebing  
supaya kerja-kerja yang diagihkan tadi dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.Kira-kira jam 12 tengah hari, kawasan taman perumahan kami kelihatanbegitu bersih dan ceria. Walaupun kepenatan dan keletihan, namun kami tetapberasa gembira kerana taman perumahan kami kini telah berubah wajah. Kamiberharap aktiviti gotong-royong ini dapat diteruskan sampai bila-bila masa keranaamalan ini dianggap  
³tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.´
 

Submit a comment:

Name