Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sekaki payung, by yennie
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yennie
Title:aku sekaki payung
2015-05-04 14:52
Aku Sekaki Payung  
 
Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan plastik. Kaki aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah.      
Aku dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur sebulan, seorang pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.  
Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak rakan aku yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang berwarna biru, hijau, merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan kami. Harapan aku ialah mempunyai tuan sendiri.  
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.  
Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan untuk berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan kaki ke sekolah.  
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan seorang wanita. “Tolong! Tolong!” rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah merampas tas tangan seorang wanita. Tuanku segera menggunakan aku untuk mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.  
Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu menangkap pemuda itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu kepada polis. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada tuanku.  
Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap pemuda itu. Aku juga gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku. Aku berharap peristiwa itu jadi pedoman.
 

Submit a comment:

Name