Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebatang Pen, by Siti Hajar
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Siti Hajar
Title:Aku Sebatang Pen
2015-05-03 19:06
    Aku sebatang pen. Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat alat tulis di kawasan perindustrian. Aku berwarna merah.  
 
    Tubuhku diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi supaya aku dapat tahan lama.aku dinamakan philoti.Aku dihantar ke sebuah kedai dengan sebuah lori.  
 
    Aku dipamerkan di dalam sebuah kotak.Pada suatu hari aku dibeli oleh seorang wanita. Tuan aku sentiasa menggunakan aku untuk memeriksa buku murid-muridnya. setiap kali selepas aku digunakan, tuanku menyimpan aku di dalam sebuah kotak pensel.Aku dijaga seperti menatang minyak yang penuh.  
 
    Aku sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang sangat bertanggungjawab. dia sentiasa memastikan bahawa aku dalam keadaan yang baik dan tidak digunakan oleh anak-anaknya supaya dakwat aku tidak akan habis dengan cepat.
 

Submit a comment:

Name