Welcome!

Contoh Karangan UPSR: membudayakan amalan membaca, by nur puteri humaira
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka nur puteri humaira
Title:membudayakan amalan membaca
2015-05-01 23:10
     Yang Tuan Pegerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, dan para hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Membudayakan Amalan Membaca".  
        Membaca adalah suatu aktiviti yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Amalan membaca dapat memajukan sesuatu masyarakat dan dapat membentuk masyarakat yang berfikiran kreatif dan dinamik.  
 
Hadirin sekalian,  
                Tidak hairanlah jika ungkapan "Membaca Jambatan Ilmu"sering kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.Melalui pembacaan seseorang itu dapat memperluas pengetahuan. Di samping itu juga, seseorang yang banyak membaca dapat memperkaya bahasanya.  
                Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan yang menjadikan membaca sebagai hobi. Hal ini kerana minat membaca berkait rapat dengan budaya ilmu.  
 
hadirin yang saya muliakan,  
                Lantaran itu, amalan membaca perlu dijadikan satu budaya dalam masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah saja tetapi patut dikembangkan dalam segenap peringkat umur dan masyarakat.  
                 Akhir kata, saya ingin tegaskan bahawa kehidupan yang lebih maju akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca.Sekian, terima kasih.
 

Submit a comment:

Name