Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kejayaan Paling Cemerlang dalam Hidupku, by Sarmilaa Devi
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Sarmilaa Devi
Title:Kejayaan Paling Cemerlang dalam Hidupku
2015-05-01 16:26
     Sehingga ke hari ini,masuk bulan yang kelima kami bertungkus lumus menyelesaikan projek yang telah dirancang.Masa semakin suntuk,kami ingin menyiapkan projek itu walau apa pun terjadi.  
 
     Cikgu Syukri sudah meletakkan sasarannya agar kami muncul sebagai juara dalam pertandingan Reka Cipta 2015.Menurut beliau,sudah tiga kali sekolah ini menyertai pertandingan ini,namun belum membuahkan hasil.Beliau selaku guru pembimbing projoek kami sentiasa mencetuskan semangat dan motivasi untuk kami meneruskan projek ini.  
 
     Projek yang kami usahakan telah berjaya disiapkan.Kami menamakan projek kami itu sebagai "Car Mind",iaitu kereta kawalan jauh yang menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa."Car Mind" merupakan sebuah kenderaan yang mementingkan aspek keselamatan kepada para pemandunya.  
 
     Pelbagai jenis ciptaan telah dihasilkan semasa pertandingan tersebut.Sungguh menakjubkan kerana murid-murid yang mengambil bahagian mampu menghasilkan reka cipta yang menarik.Namun begitu,ciptaan "Car Mind" sekolah kami telah berjaya dinobatkan sebagai juara untuk tahun 2015.Kami melompat keriangan dan saling berpelukan antara satu dengan lain.  
 
     Pemenang bagi setiap kategori pertandingan ini akan mewakili negara ke pertandingan reka cipta di peringkat antarabangsa di Jerman.Segala urusan perbelanjaan ditaja oleh kerajaan dan beberapa syarikat swasta.  
 
     Kejayaan ini merupakan kejayaan yang paling cemerlang dalam hidupku.Pencapaian mewakili Malaysia merupakan suatu penghormatan yang sangat besar dan tidak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila.Semoga kejayaan sentiasa menyebelahiku.  
    
 

Susharr, (2015-05-06 21:30)
Thanks for your awesome karanagan 😊
 
Submit a comment:

Name