Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Berkelah di pantai Port Dickson, by Sarmilaa Devi
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Sarmilaa Devi
Title:Berkelah di pantai Port Dickson
2015-05-01 00:13
Khamis,30 April 2015  
 
7:00 pagi  
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh.Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi ke berkelah    di pantai Port Dickson,Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah.Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.  
 
8:15 pagi  
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza.Perjalanan kami ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah.Ketika kami sampai,ornag ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.  
 
9:45 pagi  
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pohon yang rendang.Aku,abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang lau meletakkannya di bawah pohon itu.Ibu pula mula menyusun barang dan membuka bekalan yang dibawa.  
 
10:00 pagi  
Selepas menukar pakaian,kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air sahaja.Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga.Selepas puas bermandi-manda,kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.  
 
12:15 tengah hari  
Setelah dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir,kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa.Kami makan amat berselera sekali,maklumlah masing-masing sudah kelaparan belaka.Sambil itu,kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.  
 
3:00 petang  
Setelah berkemas-kemas,kami pun bertolak pulang.Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ.Semasa dalam perjalanan pulang,ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada kelapangan pada masa lain.    
 

Neil, (2015-12-22 14:10)
Discipline a0 It's a heated topic in the paninterg world.a0 When do you start?a0 How old is old enough?a0 Should you smack or not?a0 Personally, I don't believe in smacking.a0 I agree with the philosophy that you don't teach a child not to hit others by hitting them.a0 As I havea0said before, I would like to raise my son without smacking him.
 
Submit a comment:

Name