Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ekspedisi Persatuan Pengakap ke Bukit Hijau, by Sarmilaa Devi
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Sarmilaa Devi
Title:Ekspedisi Persatuan Pengakap ke Bukit Hijau
2015-04-30 23:13
     Pada 30 April 2015,Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang telah mengadakan satu ekspedisi ke Bukit Hijau.Seramai empat puluh orang murid dan empat orang guru pengiring telah menyertai ekspedisi ini.Ekspedisi ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang flora dan fauna yand terdapat di situ.Perjalanan ke sana mengambil masa satu jam.  
 
     Apabila tiba di destinasi,kami menerunkan barang-barang dari bas.Kemudian,kami dibawa ke Bukit Hijau.Suasana di tempat itu sungguh sejuk.Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ agak berbeza dengan tumbuhan yang terdapat di tempat tinggal kami.Kami diberi penerangan oleh guru tentang sejarah tempat itu.  
 
     Selepas itu,kami diberi taklimat tentang ekspedisi tersebut.Para peserta diminta berkumpul di stesen yang pertama.Di situ para peserta diberi taklimat tentang aktiviti yang dijalankan.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Aktiviti pertama ialah pertandingan mencari harta karun.Aktiviti tersebut sungguh menyeronokkan dan mencabar kemampuan kami.Pasukan Jebat telah memenangi pertandingan tersebut.  
 
     Kemudian,kami beredar ke stesen kedua.Di situ kami dibertahu bahawa ekspedisi menjelajah hutan akan diadakan.Aktiviti ini sungguh mencabar kerana kami terpaksa melalui jalan yang sukar.Namun para peserta memiliki daya tahan yang sangat kuat untuk melaksanakan aktivti ini.  
 
     Akhirnya,semua peserta berjaya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan begitu lancar sekali.Kami juga diminta untuk mencatatkan nama tadi.Peserta yang paling membuat catatan telah diberi hadiah.  
 
     Selesai acara penyampaian hadiah kami telah berkumpul untuk pulang.Kami berasa amat gembira kerana dapat membawa pulang seribu kenangan yang tidak mungkin kami lupakan.  
 
 
 
 
 
Laporan yang disediakan oleh,                                    30 April 2015  
____________________________                  
 
(NAMA PENUH)  
Setiausaha Persatuan Pengakap,  
Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang  
    
 

Submit a comment:

Name