Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan ke Pameran Buku, by Sarmilaa Devi
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Sarmilaa Devi
Title:Lawatan ke Pameran Buku
2015-04-30 22:33
     Pada cuti sekolah yang lalu , bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke pameran buku. Pameran buku tersebut diadakan di dewan sekolah saya yang besar dan berhawa dingin. Kami menaiki kereta bapa ke sana.      
 
     Setibanya di destinasi,kelihatan ramai pegunjung telah membanjiri dewan sekolah. Saya dapat melihat banyak murid ditemani ibu bapa masing-masing. Mereka sedang memilih dan membeli buku.Suasana di pameran buku sungguh riuh dan meriah.  
 
     Terdapat pelbagai bahan bacaan dipamerkan di sana.Antaranya termaksuklah buku rujukan,buku cerita,majalah,ensiklopedia dan sebagainya.Semua bahan bacaan tersusun dengan rapi di atas rak buku dan meja.Selain itu,alat tulis dan kamus elektronik juga dipamerkan di sana.  
 
     Tujuan diadakan pameran buku adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid.Banyak pernebit buku menyertai pameran tersebut.Semua buku diberi dengan potongan harga istimewa.Para pengunjung berasa gembira berpeluang membeli bahan bacaan bermutu dengan harga yamg berpatutan.  
 
     Saya telah membeli sebuah ensiklopedia dan dua buah buku rujukan UPSR manakala kakak pula membeli buku cerita dan alat tulis.Emak juga berjaya memperoleh dua buah buku resipi yang digemarinya.Kemudian,kami sekeluarga membayar hanrga di kaunter.Kami berpuas hati dengan buku yang kami beli.  
 
     Selepas itu,kami sekeluarga pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira.Lawatan ke pameran buku telah menambahkan ilmu pegetahuan kami.  
 
        
 

Cikgu Amin, (2015-05-31 11:50)
Karangan yang cemerlang!!Taniah!
 
Niall, (2015-04-30 22:34)
Good Job.
 
Submit a comment:

Name