Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Gulis sebuah karangan mengenai pengalaman kamu melancong atau melawat ke tempat tempat yang menarik. , by Vrishnu Pirya A/P Vasudevan
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Vrishnu Pirya A/P Vasudevan
Title:Gulis sebuah karangan mengenai pengalaman kamu melancong atau melawat ke tempat tempat yang menarik.
2015-04-30 22:04
            Cuti sekolah yang dinantikan telah tiba.Rakan sekelasku sungguh gembira.Mereka telah merancang dengan pelbagai aktiviti    bersama keluarga untuk menghabiskan cuti sekolah.  
 
            Bagi aku ,cuti sekolah tidak membawa apa-apa makna.Aku terpaksa menghabiskan cuti sekolah dengan duduk terperap di rumah. Tiada siapa yang    mempelikan aku. Ayah dan ibu selalu sibuk hingga tiada masa untuk bercuti. Aku hanya muram sedangkan kawan-kawan yang lain gembira asyik bercerita . Melihat keadaanku    Mei Ling menghampariku dan menanyakan    masalahku. Kemudian, dia mempelawa aku bercuti di kampungnya. Tanpa berfikir panjang, aku terus setuju dengan pelawaanya.  
 
             Inilah kali pertama dalam hidupku bercuti di kampung.Aku tidak seperti orang lain yang mempunyai kampung. Ayah dan ibuku berasal dari kota . Jadi , mereka tidak ada kampung . Aku seronok bercuti di kampungnya kerana pemadangan    cantik, udaranya nyaman dan segar. Situasinya    amat berbeza dengan di kota    yang sentiasa bising dan tidak pernah sunyi.  
 
             Keluarga    Mei Ling baik terhadapku.Ayahnya seorang petani    yang    gigih .Awal- awal lagi sudah turun ke sawah .Aku    bahagia dan    selesa    berada di tengah-tengah keluarga Mei Ling .Mei Ling membawaku mandi sungai. Ah, sejuk dan segar airnya! Mei Ling    turut membawa aku    ke sawah padi. Di sana kelihatan sawah padi menguning menunggu musim menuai.Burung -burung berterbangan mencuri    padi hasil usaha para petani.  
 
         Belum puas rasanya    aku bercuti di    kampung Mei Ling walaupun sudah seminggu aku berada di kampungnya. Kalau ada peluang , aku ingin ke kampungnya lagi.    Inilah pengalaman percutianku yang paling    menyeronokkan.
 

Susharr, (2015-05-06 21:29)
Very nice karangan , keep it up 😃
 
Susharr, (2015-05-06 21:28)
Very nice karangan , keep it up 😃
 
Submit a comment:

Name