Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Buku, by Nur Hazwani Husna
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Nur Hazwani Husna
Title:Aku Sebuah Buku
2015-04-28 02:35
            Aku sebuah buku.Aku diperbuat daripada kertas yang bermutu tinggi dan dakwat yag mahal.Aku ditulis oleh seorang penulis yang tersohor di Malaysia.Selepas siap dicetak,aku bersama rakan yang lain    dimasukkan ke dalam sebuah kotak sebelum dimasukkan ke dalam sebuah van  
 
         Aku dan rakan rakan dihantar ke sebuah kedai buku yang terletak di Perak.Aku dan rakan rakan disusun rapi oleh pekerja di kedai buku tersebut.Aku berasa gembira kerana aku mendapat rakan bahru.Aku bercerita bersama mereka tentang pengalaman aku dicetak  
 
            Suatu hari,sorng waita bersama anak perempuannya datang dan membelek aku serta rakan rakan.Akhirnya anak wanita tersebut yang bernama Amira memilih aku sebagai bahan bacaannya.Aku berasa gembira kerana diriku dipilih olehnya.Selepas membayar aku dengan harga RM 22.90,aku terus dibawa balik oleh Amira ke rumahnya.Walau aku merasa gembira tetapi aku juga berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan rakan baikku.  
 
             Semasa berada di rumah Amira,buku buku yang lain berasa cemburu denganku kerana Amira terlalu sayang akan aku.Aku juga mendapat pujian daripada rakan rakan Amira.Aku berasa sungguh senang hati.Aku berasa akulah segala galanya dalam hidup Amira.Kemana sahaja Amira pergi dia pasti akan membawa aku bersama.  
 
            Selepas sebulan,aku tiada apa apa makna lagi bagi Amira.Dia telah membeli buku yang lebih cantik dari aku.Aku berasa sangat cemburu dan aku hanya disimpan di dalam almari bersama sama buku buku lama yng lain.Aku berasa sungguh sedih.  
 
     Akhirnya tamatlah riwayat aku sebagai sebuah buku.Aku telah dimakan anai anai dan Amira membuat keputusan untuk membuang aku begitu sahaja.Jafi begitulah riwayat aku.Aku sebuah buku.  
 

 

Submit a comment:

Name