Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Basikal, by wan airin eirina bt wan zaidi
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak wan airin eirina bt wan zaidi
Title:Aku Sebuah Basikal
2015-04-25 19:02
soalan;      
tulis karangan yang bertajuk ' Aku Sebuah Basikal. Panjangnya karangan kamu hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.  
 
 
 
 
 
     Aku diberi nama Le Run. Aku merupakan basikal yang terhebat dan terkenal pada masa kini.Banyak dalam kalangan anak remaja yang meminati aku dan berusahauntuk mendapatkan aku.Setelah diletakkan di sebuah kedai untuk beberapa hari,aku dikunjungi oleh sebuah keluarga. Anaknya membelek- belek aku. Aku dibeli oleh bapanya sebagai hadiah hari lahir anaknya.  
 
     Kini,aku menjadi milik Ealven.Pada setiap petang selepas waktu persekolahan, Ealven akan membawa aku bersiar-siar di sekeliling kawasan perumahnya.Bersama-sama dengan Ealven terdapat beberapa orang kawannya yang juga memiliki basikal yang sejenisku.Akulah yang paling baharu antara basikL-basikal yang ada.  
 
     Selepas aku digunakan,aku akan dimasukkan    ke dalam stor yang terletak    di bahagian belakang rumah Ealven.Di dalam stor itu terdapat dua buah basikal yang lain.Sebuah basikal untuk ayah Ealven dan sebuah basikal kepunyaan kakak Ealven.Kedua-dua buah basiakal itu sudah jarang digunakan.Sekali-sekala sahaja bapa Ealven akan mengeluarkan basikalnya untuk ditunggang pada hujung minggu.  
 
     Pada setiap hari minggu aku akan dimandikan oleh Ealven. Aku akan disabun    supaya segala kotoran    yang terlekat pada badan aku akan hilang. Aku akan sentiasa kelihatan bersih dan menarik. Ealven amat mementigkan kebersihan aku. Aku barasa seronok mempunyai tuan    seperti Ealven ini.  
 
     Kini Ealven semakin dewasa. Aku sudah jarang digunakan. Banyak masaku habis di dalam stor di belakang ruamah bersama-sama    dua buah basikal yang lain. Aku keluar sekali-sekala sahaja.Ealven sekarang sudah memiliki sebuah motosiksl yang dibeli oleh bapanya.Aku semakin dipinggirkan  

 

Submit a comment:

Name