Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Membaca, by Loo Li Heng
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Loo Li Heng
Title:Faedah Membaca
2015-04-24 03:19
    Membaca merupakan tabiat baik yang harus kita amalkan dalam kehidupan seharian.Membaca ada banyak faedahnya.Lantaran,kerajaan telah menggalakkan rakyat membaca dengan mengadakan Kempen Membaca.  
 
    Membaca merupakan salah satu cara kita memanfaatkan masa lapang kita dengan berfaedah.Jika kita membaca,kita tidak akan mensia-siakan masa lapang kita dengan melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah,terutamanya pelajar.Justeru,mereka tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang tidak sihat.  
 
    Selain itu,membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.Melalui amalan ini,kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam pelbagai bidang seperti sains,sejarah,geografi,bahasa dan sebagainya.Secara tidak langsung,kita juga dapat meningkatkan penguasaan bahasa kita.  
 
    Tambahan pula,pemikiran kita juga akan menjadi lebih matang dengan membaca.Kita dapat mengambil iktibar yang telah kita baca dan menjadikannya sebagai teladan.Pengalaman kehidupan kita akan kian bertambah juga.  
 
    Jika kita rajin membaca,kita akan menjadi orang yang berilmu.Orang yang berilmu akan dihormati dan dipandang tinggi dalam masyarakat.Dengan itu,ilmu pengetahuan yang kita miliki akan dapat meningkatkan kedudukan kita dalam masyarakat.  
 
    Akhir kata,kita harus membaca selalu kerana membaca jambatan ilmu.Dengan membaca juga,kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.
 

Submit a comment:

Name