Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Warkah untuk Soo Hyun(Translated), by Anna Emelda
Contoh Karangan UPSR
Name:Anna Emelda
Title:Warkah untuk Soo Hyun(Translated)
2015-04-21 17:38
                                                 Anna Emelda binti Muhd Danial Adam,  
                                                    10A Damansara Lagenda,  
                                                    Jalan Lagenda Puteri 2,  
                                                    47301 Petaling Jaya,  
                                                    Selangor.  
                                                  
                                                    21 April 2015.  
 
    Menemui Saudari Soo Hyun yang kini berada di Cheongdam-dong,Seoul,Korea Selatan.Apa Khabar? Semoga saudari dalam keadaan sihat sejahtera.Saya sekeluarga di Malaysia sihat.  
 
Saudari,  
    Pada warkah yang lepas,saudari telah meminta saya untuk menceritakan tentang permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.Oleh itu,saya ingin menceritakan tentang permainan galah panjang kepada saudari.  
 
Galah panjang merupakan sejenis permainan laman.Tujuan dan matlamat permainan ini adalah untuk mengalahkan pasukan lawan melalui jumlah mata yang diperolehi.Permainan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak di kawasan kampung tetapi kini,ia juga dimainkan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan kepada pelancong asing oleh golongan dewasa.  
 
    Permainan ini tidak dimainkan secara individu sebaliknya ia dimainkan secara berkumpulan.Untuk bermain galah panjang terdapat dua kumpulan yang mempunya 5 orang pemain.4 orang akan bermain manakala seorang lagi merupakan pemain simpanan.  
 
    Salah seorang dari ahli kumpulan perlulah dipilih untuk menjadi ketua kumpulan manakala yang lain hanyalah sebagai awak-awak sahaja.Tugas ketua kumpulan ialah untuk mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar gelanggang iaitu di sepanjang garisan permulaan,garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang.Manakala awak-awak akan menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.Sebelum permainan dimulakan,ketua dari kedua-dua kumpulan hendaklah membuat undian secara gunting,batu,kertas.Kumpulan yang menang akan menjadi pasukan penyerang.Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu.Sama ada hanya cubitan pada bahagian badan pemain atau menangkap pemain.  
 
Saudari yang saya rindui,  
    Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya ceritakan kepada saudari tentang permainan tradisional yang menjadi warisan di Malaysia kepada saudari.Namun, buat ini sahaja yang sempat saya ceritakan buat kali ini.Saya akan menceritakan tentang permainan yang lain dalam warkah yang akan datang.Akhir kata,sambutlah salam saya buat saudari sekeluarga.  
 
Sekian,terima kasih.  
 
                                                                                        Saya yang benar,  
                                                                                          
                                                                                        Anna Emelda.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Submit a comment:

Name