Akan kuusahakan engkau puyuh
Bersungguh-sungguh kerja berpeluh
Kerana rezeki tiada mengeluh
Akan kubela engkau puyuh
Jika ingin produktif terbaik
Tempatmu reban yang selesa
Nun jauh dari hiruk-pikuk
Akan kujaga engkau puyuh
Makanan terbaik kuberikan
Agar tumbesaranmu memuaskan
Daging dan telur yang berkhasiat
Akan kuternak engkau puyuh
Khasiatmu tidak ternilai
Darah dilancarkan,tulang dikuatkan
Hidup sihat keluarga sejahtera
Akan kuniaga engkau puyuh
Usaha dikayuh jangan rapuh
Pendapatan diraih
Keringatku berbalas sudah
Ekonomi keluargaku terus terserlah |