Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama, by Jesrina
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Jesrina
Title:Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama
2015-04-16 21:34
Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsan Taman Cengal,guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati.Dalam perhimpunan kali ini,saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk,'Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama'.  
 
Hadirin yang saya hormati,  
Pihak sekolah memang mengutamakan kebersihan.Sekolah yang bersih akan menyebabkan pembelajaran lebih selesa dan menyeronokkan.Selain itu,kebersihan akan meningkatkan imej sesebuah sekolah.  
 
Pihak pentadbir memang bertanggungjawab untuk merancang dan memastikan kebersihan sekolah.Malahan,di sesetengah sekolah terdapat pekerja yang menjaga kebersihan sekolah.Namun,usaha tersebut tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua murid.  
 
Guru-guru dan rakan-rakan,  
Murid-murid harus diberi tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kebersihan sekolah.Contohnya,mereka perlu menjaga kebersihan kelas sendiri dan kawasan-kawasan tertentu di sekolah mereka.Penglibatan murid sacara menyeluruh bererti bahawa mereka dididik untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dalam aspek kebersihan.  
 
Masyarakat setempat,terutamanya ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),tidak harus berpeluk tubuh sahaja kerana sekolah merupakan tempat anak mereka menuntut ilmu.Mereka juga patut bertanggugjawab dalam menjaga kebersihan sekolah.Pekara ini boleh dilakukan melalui aktiviti    gotong-royong yang boleh dijalankan dari semasa ke semasa.  
Saya amat yakin bahawa dengan adanya kesedaran dan kerjasama semua pihak,tidak ada sebab sesebuah sekolah tidak boleh menjadi bersih.Sekiranya sesebuah sekolah itu bersih,masyarakat setempat akan turut berbangga.Setakat ini sahaja syarahan saya pada kali ini.  
 
Sekian,terima kasih.
 

R.Ganapriya, (2015-04-25 20:27)
Karangan yang baik
 
Hanis Nabila, (2015-04-20 16:53)
TERBAIK...@
 
Hanis Nabila, (2015-04-20 16:52)
TERBAIK...@
 
Submit a comment:

Name