Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Guru Yang Saya Sayangi, by Ganapriya
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Ganapriya
Title:Guru Yang Saya Sayangi
2015-04-16 15:50
            Setiap murid ada guru yang paling disayangi.Begit juga dengan saya.Guru yang paling saya sayangi ialah Cikgu Mohd Rafee.  
 
            Cikgu Rafee mengajar saya mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.Beliau mula mengajar disekolah saya sejak tahun 2013.Saya mula mengenali Cikgu Rafee ketika beliau mula mengajar kakak saya dahulu.  
 
             Kini,Cikgu Rafee mengajar saya mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.Beliau seorang guru yang rajin dan sentiasa mengambil berat tentang pelajaran saya dan kawan-kawan.Beliau juga selalu menasihati saya supaya tekun belajar dan sentiasa menghormati guru-guru serta ibu bapa.  
          
             Di samping itu,Cikgu Rafee juga mengadakan kelas bimbangan secara percuma selepas waktu persekolahan. Saya dan kawan-kawan saya tidak melepaskan itu kerana kami agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.Cikgu Rafee juga selalu memberi kami latihan-latihan untuk disiapkan di rumah.  
 
            Pada hujung minggu, Cikgu Rafee akan berjoging bersama-sama ahli keluarganya di taman berhampiran rumah saya.Rupa-rupanya Cikgu Rafee ialah jiran saya.  
 
            Saya sangat sayang akan Cikgu Rafee kerana beliau seorang guru yang baik dan prihatin terhadap murid-muridnya terutama murid yang lemah.Saya berharap Cikgu Rafee sentiasa sihat dan terus mencurahkan baktinya di sini. Saya juga mendoakan agar Cikgu Rafee sentiasa berbahagia bersama keluarganya.  

 

VIVITTA, (2019-06-20 21:05)
I LIKE THIS KARANGAN BY .
 
Syarah , (2019-06-14 16:45)
Nice done  
 

 
Farhan, (2019-04-01 17:45)
bagus budak ni..
 
Brioche, (2019-03-31 22:57)
Good  

 
Brioche, (2019-03-31 22:57)
Good  

 
xggxbxbcxgxbgxcgxh, (2019-03-11 16:14)
vbxshhcxhx hxhxhhxcgxbxggxcb
 
, (2019-03-11 16:09)
vzz
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name