Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tanggungjawabku, by Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Title:Tanggungjawabku
2015-04-15 01:07
     "Bagaimana,Nizam?Kamu hendak pergi?"Mak Ton bertanya.  
        Nizam terdiam.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Sejak dipelawa oleh Encik Hamdan dan Puan Latifah,pelbagai masalah yang berlegar-legar dalam kepalanya.Terasa cukup berat untuk dia memutuskannya.Jika diterima pelawaan itu,maka dia terpaksa meninggalkan ibu dan adik-adiknya beratus-ratus kilometer jauhnya.Bukan sehari dua,tetapi mungkin dalam tempoh yang sangat lama.Namun begitu,jika dia menolak pelawaan itu,maka dia sebenarnya telah melepaskan peluang peluang keemasan menjadi orang yang berilmu.  
    Mak Ton tidak melarang.Memaksa Nizam pun tidak.Mak Ton meminta Nizam memikirkan hal itu dengan sebaik-baiknya demi masa depan anak sulungnya itu.Nizam mengeluh.Dia benar-benar terharu dan berasa serba salah.Menerima pelawaan Encik Hamdan untuk bersekolah di Kuala Lumpur atau tinggal di kampung dan menyara keluarganya?Nizam tidak mahu menyusahkan keluarganya.Sejak ayahnya meninggal dunia setahun yang lalu,dialah yang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Walaupun dia baru berusia 13 tahun,dia cukup memahami pahit-maung kehidupan.  
    Sebelum ke sekolah,dia akan berbasikal menghantar kuih-muih ke beberapa buah warung kopi di sekitar kampungnya pada setiap awal pagi.Dia tidak kisah untuk melakukan semua itu kerana dia sedar bahawa dia perlu memikul tugas itu untuk memastikan ibu dan adik-adiknya tidak hidup melarat.  
         "Kalau kamu berjaya nanti,dapatlah kami menumpang hidup senang,"kata Mak Ton lagi.  
         "Mak,saya anak sulung.Tanggungjawab saya berat.Biarlah saya tak sampai ke mana-mana,asalkan adik-adik saya berjaya,"jawab Nizam tegas.  
         "Mak tahu,Nizam.Cita-cita kamu tinggi.Pergilah.Terimalah pelawaan Puan Latifah itu.Dia baik orangnya.Agaknya dia hendak membalas budi mak.Dahulu,mak menjadi pembantu rumahnya.Selepas Nizam lahir,mak terpaksa meminta berhenti dan balik ke kampung,"jelas Mak Ton.  
    Nizam tidak menahan kesedihannya lagi.Dia memeluk Mak Ton dalam menagis teresak-esak.Dia menggenggam tiket bas itu erat-erat.
 

Submit a comment:

Name