Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sekuntum bunga mawar, by Siti Nuraisyah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Siti Nuraisyah
Title:Aku sekuntum bunga mawar
2015-04-12 19:35
    Aku sekuntum bunga mawar yang sedang membesar dengan cantik sekali.Aku ditanam di sebuah taman yang begitu luas dan indah sekali.Aku mempunyai banyak kawan di sana.  
 
    Oleh itu,aku selalu di pandang tinggi oleh rakanku kerana rupa badanku yang menarik,cantik dan harum.Aku juga dijaga dengan rapi dan disiram setiap pagi oleh pekebun yang sangat suka akan bunga seperti aku.  
 
    Tapi kekadang aku berasa sedih juga kerana tiada seorang pun yang berani menyentuhku kerana badanku penuh dengan duri yang tajam yang boleh menyakiti sesiapa sahaja yang menyentuhku.  
 
    Oleh itu,aku juga mempunyai impian seperti manusia iaitu aku mahu dipetik oleh pasangan kekasih yang mesra seperti rakanku yang lain.Tetapi bunga seperti aku selalu diguna oleh kaum lelaki untuk menambat hati wanita yang cintai.  
 
    Pada suatu hari,aku melihat sepasang kekasih yang amat mesra datang menghampiri aku termasuk rakanku yang lain.Mereka membelek tubuh badanku dan mencium bau wangi badanku.Tiba-tiba,badanku dipetik oleh pasangan kekasih itu lalu memberikan aku kepada teman wanitanya.  
 
    Selepas itu,tidak aku sangka pasangan yang mesra itu mula bergaduh.Aku yang tidak berdosa pula menjadi mangsa masa keadaan itu lalu teman wanitanya membaling aku dengan kuat dan marah.Aku jatuh kedalam longkang dengan badanku yang hancur berderai dan perasaan yang amat sedih.Oleh itu,tamatlah riwayat hidupku sebagai sekuntum bunga mawar.  

 

Oscar, (2018-10-10 23:01)
Baguslah ini  

 
Dhivaana Chandran, (2018-03-02 02:18)
Baguslah karangan ini!  

 
Kishaar Balu, (2018-03-02 01:36)
Baguslah karangan ini!
 
Bagus , (2018-01-23 18:27)

 
Suraya Balqis , (2018-01-14 15:24)
bolehlah saya tiru untuk kerja sekolah
 
Vanitha , (2017-03-02 19:53)
 
Bagus lah  

 
Parveendeep, (2017-01-31 16:30)
Boleh lah tiru
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name