Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sahabat Karibku, by Nur Ilyana Azhar
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nur Ilyana Azhar
Title:Sahabat Karibku
2015-04-12 16:28
             Aku mempunyai seorang sahabat yang sangat baik bernama Sarifah Venisa,tetapi lebih mesra dikenali sebagai Venisa atau Venis.Aku mengenali dia sejak kami dikelaskan pada kelas yang sama sewaktu darjah 3.Dia berasal dari negeri Sarawak,tetapi datang ke Perak kerana ayahnya bekerja di Perak.Dia dilahirkan pada 27.05.2003.Dia sangat baik terhadap diriku.Ketika aku sedih,dia selalu menghiburkan aku dengan cerita cerita lucunya.Ketika aku sedang sendirian,dia datang untuk menemani aku.Ketika aku berada dalam kesusahan,dia tidak pernah jemu untuk menolong aku.Jika aku memerlukan seorang teman,dia akan selalu berada di sampingku.Kami disatukan di dalam sekolah dan kelas yang sama.Kami mempunyai banyak persamaan.Antaranya,kami berdua ialah seorang pengawas sekolah,kami meminati hobi yang sama iaitu membaca,kami menetap di taman yang sama juga.Kisah diantara aku dan juga Venisa sudah hampir 4 tahun lamanya.Aku sangat bertuah kerana mempunyai sahabat seperti Venisa.Semoga hubungan kami akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
 

azwan_shazwan, (2016-08-20 20:59)
chia3
 
azwan_shazwan, (2016-08-20 20:59)
chia3
 
Submit a comment:

Name