Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kasihnya Ibu Sepanjang Hayat, by Hanis Nabila Bt Mohd Zakir
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Hanis Nabila Bt Mohd Zakir
Title:Kasihnya Ibu Sepanjang Hayat
2015-04-10 17:28
        Aku memang gemar membaca buku-buku cerita dan cerpen yang mengesahkan kehidupan masyarakat yang ada di sekeliling kita.Salah satu cerpen yang menarik perhatianku ialah cerpen yang berjudul "Kasih Ibu Sepanjang Hayat",yang aku baca daripada sebuah majalah pelajar.  
 
        Cerita ini mengisahkan bagaimana kasih seorang ibu kepada anaknya yang begitu berharga dan tidak dapat dinilaikan dengan harta benda mahupun wang ringgit.Puan Salwani mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih lagi berada di bangku sekolah.Malangnya,anak kedua Puan Salwani tidak sempurna anggotanya akibat tragedi kemalangan yang menimpa mereka sekeluarga beberapa tahun yang lalu.  
 
         Anaknya bernama Arisya itu terpaksa menggunakan topang untuk berjalan.  
Ketiga-tiga orang anak Puan Salwani ini menuntut di sekolah yang sama.Ini memudahkan beliau untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.Apabila tiba di sekolah ,Arisya akan dihantar oleh ibunya hingga sampai ke kelasnya.Ibunya yang dulu bekerja di pejabat,meletakkan jawatan kerana Arisya lebih memerlukannya sebelum dia boleh berdikari seperti sekarang.  
 
         Melihatkan keadaan Arisya yang sedemikian,kakaknya dan adiknya juga sentiasa memberikan semangat kepada Arisya dan ringan tulang untuk memberikan bantuan jika diperlukan.Puan Salwani pula sentiasa memberikan semangat kepada anak-anaknya.Apabila berada di rumah,dia akan membantu anak-anaknya untuk mengulangkaji pelajaran.  
 
         Walaupun Arisya itu tidak sempurna anggotanya,namun di sekolah dia merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang.Begitu juga kakak dan adiknya.Usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa diamalkan oleh mereka untuk mencapai cita-cita.  
 
         Cerpen yang saya baca itu berakhir dengan kejayaan Arisya memperoleh segulung ijazah untuk mendidik anak bangsa walaupun dia tidak sempurna anggotanya.Kejayaan iniberpunca daripada keyakinan diri disemaikan oleh ibu bersama adiknya dan kakaknya.      
 

 

Submit a comment:

Name