Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Menyaksikan Pertandingan Bercerita, by HALIMAH AS SAADIAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka HALIMAH AS SAADIAH
Title:Pengalaman Menyaksikan Pertandingan Bercerita
2015-04-05 22:17
                             Pada minggu lepas , salah seorang rakanku iaitu Afrina telah menyertai pertandingan bercerita peringkat kawasan Gombak. Afrina telah mengajak aku ke tempat pertandingan untuk memberi semangat. Aku menerima pelawaan Afrina.  
                             Ibu bapaku menghantarku ke sekolah. Aku turun sahaja daripada kereta, Afrina memanggilku sambil melambaikan tangan kearahku. Aku berlari kearah Afrina. Aku lihat Afrina sedang memegang beberapa helai kertas dan mulutnya terkumat kamit menghafal semula apa yang sudah dihafal olehnya supaya tidak terlupa di atas pentas.  
                             Beberapa minit kemudian, Cikgu Ayda pun sampai. Cikgu Ayda pun memberi satu bungkusan kepada Afrina. Aku menanyakan kepada Cikgu Ayda, apakah yang berada di dalam bungkusan itu. Cikgu Ayda menjawab, itu ialah kostum yang akan dipakai oleh Afrina semasa bercerita nanti. Cikgu Ayda tidak mahu melengah lengahkan masa, jadi beliau menyuruh kami masuk ke kenderaan berwarna ungu kepunyaan beliau.  
                                Beberapa minit kemudian, kami pun sudah sampai di tempat pertandingan tersebut. Aku dan Afrina turun daripada kereta lalu terus pergi ke tandas perempuan kerana Afrina mahu menyalin pakaian yang dipakainya dengan kostum yang diberi oleh Cikgu Ayda. Cikgu Ayda menyolek Afrina dengan barang solek yang dibawa oleh beliau. Aku terpaku melihat kecantikan Afrina apabila disolek.  
                             Afrina mendapat giliran yang ke-tujuh. Setelah selesai keenam enam peserta itu, tibalah giliran Afrina untuk naik ke pentas. Tajuk cerita Afrina ialah ‘Puteri Salju’. Afrina memakai gaun puteri raja. Afrina agak gugup untuk memulakan ceritanya tetapi aku dan Cikgu Ayda menyuruh Afrina menarik nafas dan memulakan cerita. Afrina bercerita dengan lancar sekali.  
                                Tiba saat yang dinanti nantikan oleh semua peserta dan penonton. Afrina menjadi gelisah. Aku dan Cikgu Ayda cuba menenangkan dia. Afrina semakin gelisah apabila namanya dari tadi tidak disebut oleh juruacara. Apabila juruacara menyebut nama ‘Nur Sofiyaa Afrina’ sebaga juara, Afrina agak terkejut. Afrina terus melangkah ke pentas. Afrina menerima hadiah berupa duit RM500.00 dan hamper yang besar. Setelah Afrina turun daripada pentas, Afrina berjalan pantas kearah kami sambil menitikkan air mata kegembiraan. Afrina memelukku dengan erat. Afrina mengucapkan terimakan seperti terima kasih kepadaku. Aku turut bangga kerana mempunyai Afrina.  
                                Kemudian, Cikgu Ayda membawa kami ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Nama kedai itu ‘Marrybrown’. Restoran itu tidak jauh dari tempat pertandingan. Cikgu Ayda belanja kami di restoran itu untuk meraikan kemenangan Afrina. Apabila kenyang, Cikgu Ayda sempat menyinggah ke sebuah pasaraya ‘Giant’. Kata beliau, ingin membeli sedikit barangan dapur yang tidak cukup. Kami tidak membeli apa apa kerana terlalu kenyang.  
                                 Setelah selesai Cikgu Ayda membeli barangan dapurnya, dia pun meneruskan perjalanan dan menghantar kami pulang ke rumah. Itulah cerita tentang aku yang mengikuti Afrina ke pertandingan bercerita.  

 

Submit a comment:

Name