Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Bersukan, by Kavitaanjali
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Kavitaanjali
Title:Faedah Bersukan
2015-04-04 18:09
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita.Contoh aktiviti sukan ini meliputi acara larian , bola sepak , badminton , hoki dan bola jaring yang menjadi kegilaan masyarakat kita.kerajaan menggalakan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.  
 
Melalui bersukan kita akan memperoleh banyak faedah.Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berekreasi seperti berbasikal , bermain badminton dan sebagainya , badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika     belajar di dalam kelas.  
 
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan     dan menambah kenalan.Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur , bangsa mahupun agama.Kebiasannya, ketika kita berjogging di taman- taman , kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu.Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.  
 
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.  
 
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya, kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah , daerah , negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan reseki makin bertambah.  
 
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan    untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.            
 

, (2015-07-08 00:25)
good
 
Azlan Amin, (2015-05-08 02:08)
I like it..ツ
 
jkmhjmk, , (2015-04-09 23:05)
cvgfbhmk llllmkmkmkk,.,l kj, .
 
S.Jegathiswary, (2015-04-07 01:29)
karangan ini sangat baik  

 
ikikikik, (2015-04-05 19:21)
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
 
Submit a comment:

Name