Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau., by MOULEESHWARREN
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak MOULEESHWARREN
Title:Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
2015-04-03 21:46
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri    daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.  
                      
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.  
                      
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan    pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.  
                      
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut    Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.  
                      
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih    kepada guru penasihat,Cikgu    Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.  
 
 
Disediakan oleh,                                                                                                                                                                                             25 Januari 2015.  
            MOULEESH  
_______________  
(MOULEESHWARREN A/L MANICHALVAN)  
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains,  
Sekolah Kebangsaan Rendah Tamil Changkat Beruas,  
Sitiawan, Perak.  

 

MATJA, (2015-04-26 21:43)
ILOVE YOUR KARANGAN . THIS WILL HELP FOR MY UPSR  

 
qojoq, (2015-04-05 17:58)
eqlkwjdk2iqwjdiwujwdhms dwjdhuiwjw ndsnhuwhdiwd m iwyhdiwhn sjwhduiwhd jwdhiwhnd kwikskal sdsjuoiwdj wdowdkwmn dwhdykwjd wd,jwodjowd wkdnjowd wd ,wlojdowjd wsd wikdjowdjow wkdswdujwoidwjknm skdsjwd wmdikwdn wdwnds dcds sds ss sndsndnd djdnjs dsikdjsd xjsdsjd ssdhjsids dsdnhsjd sdjsdsjd sdjsnhdkjns dsdhjs
 
Submit a comment:

Name