No.20 Jalan Kesuma 7/4 Bandar Tasik Kesuma Beranang 43700 Beranang Selangor. --------------------------------------------------------------Tuan Pengurus, Pustaka Seri Intan, 47500 Petaling Jaya, Selangor 13 FEBRUARI 2005 Tuan, Memesan Buku Cerita DBP Berhubung dengan perkara di atas,saya Haryati binti Edwan, ingin memesan beberapa buah buku cerita terbitan DBP daripada syarikat tuan. 2.Buku-buku tersebut adalah seperti berikut: [Guruku Ibuku] -RM3.50 [Laila Adikku] -RM5.00 [Selamat Tinggal Teman] -RM5.00 [Kabus Senja] -RM6.50 3.Bersama-sama ini,saya sertakan wang kiriman pos bernombor 896461 yang bernilai RM20 bagi perbelanjaan harga buku dan pos. 4.Harapan saya semoga pihak tuan dapat mengirimkan dengan kadar segera buku-buku yang dipesan tersebut. Sekian terima kasih. Yang benar, [Haryati binti Edwan] |