Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan ke Kuala Lumpur, by Muhammad Imran bin Abdul Halim
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Muhammad Imran bin Abdul Halim
Title:Lawatan ke Kuala Lumpur
2015-03-31 01:51
Ketika menunggu bas sekolah, kamu berbual dengan rakan kamu tentang lawatannya baru-baru ini.  
 
Tulis perbualan tersebut kira-kira 80 patah perkataan.  
 
**********************************          
 
Aiman : Assalamualaikum, Adli! Apa khabar?  
 
Adli        : Waalaikumussalam! Alhamdulillah, saya baik sahaja. Awak pula bagaimana?  
 
Aiman : Patutlah saya nampak awak ceria sahaja. Saya juga sihat seperti biasa.  
                         Adli! Awak pergi mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur baru-baru inikan?  
 
Adli         : Ya! Saya pergi ke sana pada hari Sabtu minggu lepas.  
 
Aiman : Seronoklah melawat ke sanakan? Saya juga sangat berminat untuk melawat  
                            ke tempat-tempat menarik di sana tetapi sayangnya masih belum berpeluang.  
                            Bagaimana awak boleh mengikuti rombongan tersebut?  
 
Adli            : Rombongan ini dianjurkan oleh Kelab Komputer sekolah kita. Oleh sebab saya  
                                ahli kelab tersebut, saya dapatlah menyertainya.  
 
Aiman        : Oh, begitu rupanya! Bagaimanapun kenapa abang saya dari Kelab Bahasa Melayu  
                                 juga turut menyertai rombongan itu?  
 
Adli             : Abang awak yang belajar di kelas 6 Amanah itu ya? Dia boleh menyertai rombongan  
                                itu kerana dia pelajar Tahap 2. Ini kerana selain daripada Ahli Kelab Komputer,  
                                sesiapa daripada Tahap 2 yang berminat menyertai rombongan tersebut juga turut  
                                 ditawarkan. Bagaimanapun tawaran itu terhad kepada 12 orang sahaja bagi  
                                 memenuhi kekosongan bas.  
 
Aiman         : Apa tujuan rombongan itu diadakan, Adli?  
 
Adli                 : Tujuan rombongan ini diadakan untuk mendedahkan ahli kelab tentang sains  
                                     dan teknologi maklumat serta melawat tempat-tempat yang menarik seperti Petrosains  
                                     dan sebagainya lagi.  
 
Aiman            : Ramaikah yang menyertai rombongan tersebut?  
 
Adli                    : Seramai 40 orang sahaja, termasuklah 4 orang guru pengiring.  
 
Aiman                : Berapakah yang perlu dibayar untuk menyertai rombongan ini?  
 
Adli                     : Tidaklah mahal sangat cuma RM60 sahaja termasuk makan dan minum serta  
                                         tiket lawatan.  
 
Aiman                : Kamu melawat ke mana semasa rombongan tersebut?  
 
Adli                        : Antara tempat yang kami lawati ialah Putrajaya, Menara Berkembar Petronas,  
                                         Petrosains, Menara Kuala Lumpur dan Zoo Negara.  
 
Aiman                 : Seronoknya kamu ya, Adli? Entah bilalah saya pula berpeluang melawat ke sana!  
 
Adli                        : Saya fikir tahun depan lawatan seperti ini akan diadakan lagi.  
                                            Mudah-mudahan awak berpeluang ke sana nanti.  
 
Aiman                 : Harap-harap begitulah. Itupun bas. Mari kita pulang!  
 
Adli                        : Baiklah!
 

Avinash, (2016-04-16 19:39)
I love you  

 
Nandhitha, (2016-04-16 19:38)
Ini membantu saya memahami karangan jenis wawancara. :):):):):):):):):):):).................
 
mary, (2015-06-09 19:02)
kalau ada peluang pergilah sana
 
, (2015-05-12 01:10)
good  

 
Tung Yoang Vern , (2015-05-11 19:52)
baik  

 
Hugh, (2015-04-08 01:08)
Cfehcheuhcue
 
Submit a comment:

Name