Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Guru Kesayangan saya, by Justin Toh
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Justin Toh
Title:Guru Kesayangan saya
2015-03-31 01:24
    Di sekolah saya mempunyai 1550 orang murid dan 50 orang guru.Terdapat 9 guru yang mengajar saya. Guru yang saya paling sayangi ialah Cikgu Lee Pin Rooi. Kini,beliau berumur 45 tahun. Beliau sudah mengajar saya selama 3 tahun.  
     Beliau menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Beliau berbadan kurus dan memakai sepasang cermin mata. Beliau mengajar saya dalam subjek Matematik dan Pendidikan Jasmani.Beliau akan menggunakan pelbagai jenis cara belajar untuk mengajar kami supaya kita tidak akan berasa tidur.  
    Beliau juga seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Beliau akan mengadakan kelas tambahan percuma untuk murid yang lemah dalam subjek matematik.  
    Beliau sangat disayangi dan dihormati oleh murid-murid dan guru di sekolah ini. Kami menyayangi beliau kerana sikap prihatin dan tanggungjawab. Apabila mengajar, beliau akan mengajar kami dengan penuh hati. Ada masa yang beliau akan bergurau dengan kita. Oleh itu, kami sentiasa menyayangi beliau.  
    Beliau juga ialah guru Pendidikan Jasmani. Selain itu, beliau juga ialah jurulatih badminton sekolah saya. Dengan latihan beliau, skolah saya telah menjadi johan dalam pertandingan badminton peringkat zon Jelutong. Beliau juga akan menjadi jurulatih badminton saya. Saya juga terdapat banyak johan dalam pelbagai pertandingan badminton. Beliau sentiasa menasihati saya supaya mengambil keputusan yang baik dalam kelas. Beliau juga berharap agar saya dapat keputusan tang baik dalam badminton dan dalam peperilsaan sekolah.  
    Saya berasa bersyukur kerana dapat diajar oleh seorang guru seperti Cikgu Lee. Jasa beliau akan tetap dikenang oleh murid-murid di sekolah ini sebagai seorang guru yang komited dan bertanggungjawab.  
 
 
      
      
    
 

rgj, (2015-05-06 22:08)
good  
 

 
nurin nafisah, (2015-04-29 00:54)
bagus.saya suka karangan anda.  

 
Submit a comment:

Name