Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEBAIKAN MEMPUNYAI HOBI, by Eshantini A/P Ramesh Kumar
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Eshantini A/P Ramesh Kumar
Title:KEBAIKAN MEMPUNYAI HOBI
2015-03-28 02:08
             Setiap orang ada hobi masing-masing.Hobi bermaksud aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.Semua orang mempunyai hobi yang berbeza untuk dilakukan.Contoh hobi yang paling digemari termasuklah memancing,membaca buku,melancong,berkebun,bersukan dan sebagainya.Terdapat banyak aktiviti lain yang dapat dilakukan pada masa lapang.  
                Kita dapat menambah ilmu pengetahuan melalui hobi yang kita minati.Misalnya,hobi membaca buku ialah salah satu hobi yang amat berguna.Kita dapat mengetahui perkara    baharu melalui pembacaan buku seperti buku cerita dan buku ensiklopedia.Selain buku,surat khabar amat berguna untuk mengetahui perkataan yang baharu dan mendapat tahu tentang perkembangan negara dan dunia.Jadi,tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.  
             Selain itu,kita perlu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah .Kita tidak boleh membuang masa dengan melakukan aktiviti yang sia-sia.Contoh aktiviti yang dilakukan sia-sia ialah melepak,bermain permainan video,berbual tentang perkara yang tidak penting dengan rakan dan sebagainya.Aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sia-sia boleh membawa kita kepada perkara-perkara negatif seperti merokok,menghisap dadah dan lain-lain.  
             Di samping itu,bukan sahaja hobi membaca amat berguna tetapi hobi-hobi lain juga berfaedah.Hobi berkebun dapat membantu kita mengekalkan kesihatan.Berkebun juga akan menambahkan pendapatan seharian kita.Hasil sayur-sayuran dapat menjadikan kita lebih berjimat-cermat.  
                Seterusnya,hobi bersukan dapat menyihatkan tubuh badab kita.Kita akan berpeluh semasa bersukan dan mengurangkan lemak dalam badan kita.Bersukan akan dapat menghindarkan pelbagai penyakit yang berbahaya seperti kencing manis,penyakit jantung,darah tinggi dan lain-lain lagi.  
                 Akhir sekali,kesimpulan yang kita dapat ialah kita perlu bijak memilih hobi.Hobi tersebut perlu berfaedah dan berguna.Hobi dapat memberi banyak kebaikan kepada kita seperti menambahkan ilmu pengetahuan.
 

Komathi, (2015-06-12 21:45)
thank you  

 
S.Jegathiswary, (2015-03-28 20:23)
the karangan not enough comment  

 
Submit a comment:

Name