Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT, by FATIN NORALIAH MAISARAH BINTI ZAINOL ABIDIN
Contoh Karangan UPSR
Name:FATIN NORALIAH MAISARAH BINTI ZAINOL ABIDIN
Title:AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT
2015-03-26 23:08
Aku sebuah telefon bimbit.Aku sangat berguna kepada orang ramai.Aku dilahirkan pada zaman yang serba maju.  
         Aku dilahirkan di    sebuah kilang yang besar.Kilang itu bernama kilang SAMSUNG yang terletak di Korea.  
         Aku diperbuat daripada bahan-bahan elektronik.Saiz badan aku kecil,ringan dan senang untuk dibawa.Rupaku dan keupayaanku sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman.  
Oleh itu,aku merupakan telefon bimbit yang sangat canggih.  
         Aku dijual oleh orang ramai dengan harga RM999.00 harga itu memang agak mahal.Aku telah dipamerkan di pusat membeli belah Angsana Mall.Pada suatu hari,aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama Fikri.Aku digunakan oleh tuanku untuk memudahkan tuanku berhubung dengan orang lain.Aku menjadi kebanggaan tuanku.  
         Pada suatu hari,Seekor kucing iaitu haiwan peliharaan tuanku telah memijak badanku sehingga pecah.Keesokan harinya ,apabila tuanku ingin menggunakanku,alangkah terkejutnya tuanku apabila melihatku.Dia membuat keputusan untuk membuangku.Tamatlah riwayatku sebagai telefon bimbit.  
        
 

Submit a comment:

Name