Welcome!

Contoh Karangan UPSR: temasya sukan taunan, by nurul azra safia
Contoh Karangan UPSR
Name:nurul azra safia
Title:temasya sukan taunan
2015-03-25 23:23
Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.  
                                                Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.                                                                                                                                                    Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan    tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.                                                                                                                                                Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana    di padang riuh-rendah dan meriah.                                                                                                                                                 Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.                                                                                                                                                    Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.                        
 

Submit a comment:

Name