Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tokoh Petani., by Nurul Izzati.
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Nurul Izzati.
Title:Tokoh Petani.
2015-03-25 01:42
ALOR GAJAH,Rabu-Encik Mohammad Fahmi bin Haji Mahat telah dianugerahkan Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Melaka sempena Hari Peladang Peringkat Negeri.Encik Mohammad Fahmi berasal dari Solok Air Batu,Kampung Durian Daun.Beliau seorang peani yang berjaya.Beliau telah mengusahakan ladang getah seluas 15 ekar di samping menternak kambing secara komersial.Kawasan paya berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan haruan.Masa ang terluang pula telah diisikan dengan membuat dodol bersama-sama isteri dan anak-anaknya.  
    Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM5000 dan sijil penghargaan.Hadiah yang diterima ini akan memberi semangat kepada Encik Mohammad Fahmi untuk terus berusaha.Semasa majlis ini berlangsung,beliau berjanji untuk membantu petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian.Beliau berharap kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Melaka untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian secara komersial.
 

Submit a comment:

Name