|
Name: | sivaranjini asokan | Title: | hilang buku(surat aduan)
2015-03-24 00:11 | No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 17 OKtOBER 1998
Cikgu,
Buku Hilang
Merujuk kepada perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam pada 14 Oktober 1998 telah hilang.
2. Buku tersebut berjudul ‘Menanti Hari Esok’ karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam buku tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi makan di kantin. Setelah selesai makan, barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.
3. Saya akui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya memohon maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kehilangan buku
tersebut.
Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.
Yang benar,
(KHUSHAIMA BT. KHAIRUDIN)
| | , (2015-06-09 23:13) saya adalah seorang pewira dunia
| | , (2015-04-04 18:02) hilang buku cerita
| | nurul ain nabilah, (2015-03-26 16:55) bagus karangan awak!!! tahniah
| |
|
|
|